Thursday 12 March 2015

JENIS PISANG

JENIS PISANG

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 saentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan.


















Pisang adalan buah klimak terik kerana sifat peningkatan kadar respirasi ketara ynag sejajar dengan berlakunya peranuman. Manakala morfologi pokoknya pula tergolong dalam jenis tumbuhan herba kerana sifat tumbuhnya yang cepat dari batang palsu (pseudostem), iaitu tangki daun yang tersusun seperti gelang sepusat dan muncul daripada umbisi atau batang utama. Manakala pengkelasan pisang bergantung kepada kultivarnya iaitu saiz, bentuk, warna kulit, tekstur dan citarasa pisang.

PISANG

10 Manfaat Buah Pisang Bagi Kesehatan - Pisang adalah jenis tumbuhan yang banyak ditemukan di indonesia. Kita dapat menemukan pisang hampir diseluruh pualau di Indonesia. Hampir semua bagian dari pisang dapat dikonsumsi, selain buahnya kita juga pasti sudah mengenal jantung pisang, yang biasa dijadikan masakan, bahkan di daerah papua batang pisang juga bisa diolah jadi makanan. Tak lupa juga daun pisang sering dijadikan pengemas makanan tradisional. 


Buah pisang baik dikonsumsi oleh ibu hampil untuk membantu tumbuh kembng janin karena buah pisang banyak mengandung nutrisi seperti kalium dan asam folat. Selain buah pisang merupakan juga bermanfaat untuk membantu tubuh menyimpan cadangan kalsium, nitrogen, dan fosfor, yang berguna untuk membangun perbaikan dan regenerasi jaringan. Pisang juga kaya akan vitamin dan mineral penting seperti vitamin B kompleks, vitamin C, juga kalium, magnesium, fosfor, zat besi, dan kalsium. Untuk lebih jelasnya yuk kita simak beberapa manfaat buah pisang berikut ini :

1. Buah Pisang Kaya akan Vitamin dan Serat
Tahukan anda bahwa pisang memiliki lebih dari dua kali lipat karbohidrat dan lima kali lipat vitamin A dibandingkan apel. Selain itu pisang juga kaya akan potasium. Maka dari itu buah pisang sangat bermanfaat bagi kesehatan.

2.Buah Pisang Bermanfaat Mengobati Sakit Maag
Pada artikel sebelumnya saya pernah menulis artikel tentang "Cara Mengatasi Penyakit Maag Secara Alami". Dan dalam postingan tersebut saya telah menjelasakn bagaimana cara mengobati sakit maag dengan ramuan herbal. Nah, ternyata selain dengan ramuan herbal, buah pisang juga bisa jadi solusi disaat kita sakit maag. Jika sakit maag menyerang, makanlah buah pisang dan rasa sakit akibat maag akan segera berkurang karena pisang memiliki zat penangkal asam dalam tubuh sehingga dapat meredakan sakit maag.

3. Buah Pisang Bisa dijadikan Masker untuk Mengobati Jerawat
Jerawat mengganggu penampilan anda? Basmi saja dengan masker buah pisang! caranyapun mudah anda hanya perlu menghancurkan daging buah pisang yang telah matang secukupnya, kemudian oleskan pada kulit wajah yang berjerawat. Selanjutnya diamkan selama 15-30 menit, lalu bersihkan. Lakukan tips ini secara rutin hingga jerawat benar-benar hilang.

4. Buah Pisang Bisa Meningkatkan mood
Oh iya selain dapat mengatasi penyakit maag dan jerawat, buah pisang juga bermanfaat untuk membantu meningatkan suasana hati sehingga mood stabil dan terus positif sepanjang hari. Jadi jika anda sedang galau, makanlah pisang hehe

5. Buah Pisang Bisa Menghaluskan Kulit Wajah
Kulit wajah anda terlihat kusam dan terasa kasar? Mungkin masker pisangdan madu ini bisa jadi solusi untuk anda caranya, haluskan buah pisang matang dengan blender, kemudian campur dengan 2 sendok madu. Setelah itu anda bisa mengoleskan masker pisang tersebut pada wajah anda. Diamkan 10-25 menit setelah itu baru kemudian anda cuci bersih wajah anda dengan air dan rasakan bedanya.

6. Sebagai Sumber Energi
Kandungan karbohidrat dalam pisang bisa jadi sumber energi untuk tubuh kita. Jika kita mengkonsumsi dua buah pisang sehari, maka dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menambah energi dalam melakukan aktivtas ehari-hari

7. Dapat Menyembuhkan Luka Bakar
Anda punya luka bakar? Jangan khwatir, obati segera dengan buah pisang nsyaalloh cepat sembuh. Caranya, haluskan buah pisang, kemudian oleskan pada daerah kulit yang terbakar untuk mengurangi rasa sakit dan menyembuhkannya

8. Bermanfaat Untuk Mengalirkan oksigen ke otak
Buah pisang juga bermanfaat dalam memngalirkan oksigen ke otak karena buah pisang sendiri kaya akan potasium, sehingga kandungan pada buah pisang akan membantu sirkulasi oksigen ke otak dan juga mencegah tekanan darah tinggi dan juga penyakit stroke.

9. Dapat Memperlancar Proses Metabolisme / Buang Air Besar
Bagi anda yang mengalami kesulitan saat buang air besar, anda dapat memakan buah pisang sebagai langkah pengobatan. Karena buah pisang dapat membantu memperlancar pembuangan sisa tubuh dalam proses metabolisme

10. Buah Pisang dapat Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid
Sering merasa nyeri setiap kali anda haid? Jangan atas masalah tersebut dengan buah pisang, perbanyaklah mengkonsumsi buah pisang maka insyaalloh rasa nyeri tersebut dapat berkurang

11. Mengatasi gatal akibat gigitan nyamuk
Gigitan nyamuk yang sangat menganggu dan gatal dapat hilang ketika kulit pisang dioleskan secara pelan-pelan ke daerah yang terkena gigitan nyamuk.

12. Meningkatkan kekebalan tubuh
Kandungan Vitamin A, C, dan B6 yang terdapat pada buah pisang berfungsi untuk meningkatkan kekebalan tubuh dalam melawan infeksi. Sehingga tubuh akan terasa segar dan tidak cepat lemas.

13. Pisang dapat mengatasi hipertensi (tekanan darah tinggi)
Kalium yang terkandung dalam buah pisang dapat membantu mengatur keseimbangan cairan dan elektrolit sehingga tekanan darah pun akan stabil. Kandungan serat dalam buah pisang mampu mengikat lemak dapat  dan mencegah terbentuknya plak yang dapat menimbulkan naiknya tekanan darah dalam tubuh kita

14. Mencegah penyakit jantung
Pisang juga dapat mencegah penyakit jantung katena kandungan Vitamin C dan flavonoid pada buah pisang yang bersifat antioksidan dapat mencegah proses oksidasi lemak yang dapat menyebabkan penyakit jantung. Kalium dalam buah pisang merupakan tonik yang baik bagi jantung. Serat pektinnya ikut berpengaruh dalam membantu menurunkan kolesterol. So, sebelum terkena penyakit jantung, cegahlah dengan rajin memakan buah pisang

15. Mengatasi anemia (kurang darah)
Buah pisang juga mengandung zat besi. Makanlah dua buah pisang setiap hari, maka itu cukup untuk membuat penderita anemia terselamatkan. Jadi bila anda kekurangan darah, segeralah makan buah enak ini hehe

16. Bermanfaat untulk Menurunkan berat badan
Oh iya, kabar gembira bagi anda yang sedang "Diet", ternyata karbohidrat kompleks yang terkadung dalam pisang tidak akan menaikkan kadar glukosa dengan drastis; selain itu pisang juga rendah lemak sehingga aman untuk peserta program penurunan berat badan. Dengan catatan, pisang tidak diolah menjadi banana milk shake, pisang goreng, ataupun kolak. Kemudian kandungan serat pada pisang dapat memperlancar proses metabolisme sehingga dapat menurunkan berat badan.


17. Buah pisang baik untuk Ibu hamil, Mengapa?
Bagi anda wanita yang sedang hamil, dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, karena mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadinya cacat bawaan. Satu buah pisang matang mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua buah pisang segar, kebutuhan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi dengan makan buah pisang ini. Selain itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk cemilan ibu hamil.

BUAHAN TEMPATAN


CEMPEDAK

Cempedak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer [1][2][3] sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr.,Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung MalaysiaBruneiIndonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan. [4]
Pokok Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.
Pokok Cempedak juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Pokoknya mudah mati pada kawasan sedemikian. Bagi kawasan berpasir seperti tanah bris, pokoknya kurang menghasilkan buah seandainya pengairan dan pembajaan yang kerap tidak dijalankan.
Jambak bunga jantan dan bunga betina terdiri dari gugusan banyak bunga-bunga yang bergabung. Jambak bunga jantan selalunya tirus dan pendek dengan ukuran sehingga lebih kurang 1.5 sm x 5.5 sm dan terdapat pada hujung ranting serta juga pada dahan pokok. Manakala jambak bunga betina biasanya lebih gemuk dan besar serta hanya terdapat pada dahan pokok sahaja. Bunga jantan, setelah 4-5 hari mengorak akan reput menjadi kehitaman lalu kemudiannya gugur manakala bunga betina akan terus membesar membentuk buah.


Belimbing Besi Baik untuk Pesakit Darah Tinggi

Belimbing Besi Baik untuk Pesakit Darah Tinggi


Hampir semua orang kenal akan buah belimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan indonesia, terdapat dalam dua jenis yang nyata iaitu belimbing manis dan belimbing sayur (belimbing buluh).Yang akan kita perkatakan dalam artikel ini ialah belimbing manis atau belimbing besi (Averrhoa carambola).

Dalam bahasa inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang serupa bintang apabila dihiris melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang mebangunkan selera.Belimbing besi mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan stelah tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus , sangat bersari dan rasanya manis segar.

Kebiasaanya , buah belimbing besi dimakan segar.Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam :
  • -menurunkan tekanan darah
  • -anti kanser
  • -melancarkan pencernaan
  • -menurunkan kolestrol
  • -membersihkan usus.
Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh
masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).