Thursday 12 March 2015

manggis

Buah Manggis
Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai satu bahan pewarna.
Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.
Kulit manggis mempunya Tanin, Resin, dan Crystallizable Mangostine (C20H22O5., membentuk sisik kuning keemasan, tanpa rasa, cair pada 190° C. (374° F.), mudah larut dalam alkohol atau ether/ ester, tidak larut dalam air. Sulingan asas lead acetate boleh dihasilkan dari larutan alkoholnya. Pelarutannya dalam alkali mengurangkan larutan emas dan perak. Buah manggis mengandungi asid malik menjadikan isinya berasid. Kandungan getah yang terhasil dari pokoknya telah disiasat pada 1858, oleh N. Reitler di Makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170), dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether. Penggunaan amonia memisahkannya kepada bahagian resin larut dan tidak larut. Bagi spesies Garcinia Purpurea, terdapat Kokum butter dalam biji benihnya sehingga 30 peratus, dan kebanyakannya terdiri dari Tristearin dan Oleic Glycerides dan Asid Myristic (Jahresb. der Pharm., 1896, p. 71).
Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.
Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.
Manggis dibuka dengan mengopek bukannya dipotong. Buah manggis dipegang dengan kedua belah tangan, ditekan perlahan-lahan sehingga kulitnya terbelah. Selepas itu, ia mudah untuk membuka dan mengambil isinya.
Walaupun ia sudah tertanam beribu-ribu tahun, buah manggis tidak dikenali di kebanyakan tempat di dunia. Lazimnya ia ditanam di tenggara Asia dan tempat lain beriklim tropika, rasanya memang tiada bandingan. Mengandungi kulit berwarna ungu tua dan memiliki isi berwarna putih yang manis, Saiznya pula seakan sebiji oren.
Tidak cukup dengan rasa yang enak, buah manggis kaya dengan xanthone. Seperkara lagi, manggis mengandungi sehingga 5 gram serat.
“Manggis itu berada di kedudukan lebih tinggi dalam kehalusannya, jika bukan segala buah-buahan lain di dunia pun, ia adalah yang terbaik bagi zon tropika. Saya mengaku ia adalah satu kegembiraan apabila merasai nikmatnya di lelangit ketika menjamu manggis.” – David Fairchild , PhD., penjelajah pertanian, ahli botani dan pengarang.
Khasiat Manggis

No comments:

Post a Comment